Halaman

Selasa, 22 September 2015

    Haruan adalah sejenis ikan yang agak mudah untuk didapati lantaran kemampuannya untuk hidup dalam pelbagai jenis air .. Jangan disangka air yang tenang tiada haruan kerana haruan ini sejenis ikan yang agak sukar untuk dilihat tidak seperti puyu ataupun sepat .. antara tempat-tempat yang semestinya ada haruan adalah parit , longkang , paya , tasik mahupun kawasan kunci air . Kebiasaannya , longkang dan parit agak sukar untuk mendapatkan haruan bersaiz mega ekoran kawasannya yang mudah untuk ditarah kaki pancing haruan . 
      

Tips memancing haruan :

1. Gunakan umpan yang bersesuaian dan diminati oleh haruan
    contoh : Katak , umpan tiruan ,

2. Kenalpasti kawasan yang berkemungkinan ada haruan
    contoh : Paya , longkang estet

3. lebihkan balingan di kawasan terpencil , agak sukar untuk dicapai dan kawasan berumpai
    contoh : - Dahan pokok yang berada betul2 di atas air
                  - Paya rumpai
                  - Jika di paya , cuba untuk baling katak dikawasan yang sukar dicapai .

4. Bagi penggemar casting , cangkuk umpan dengan kemas agar kail tidak tersangkut pada rumpai         mahupun dasar air .

5. Sekiranya anda hanya pemancing yang gemar haruan bersaiz kecil dan sederhana , rajinkan diri           anda untuk mencuba nasib dikawasan longkang biasa .

6. Namun jika anda ingin memancing haruan bersaiz mega iaitu 2kg ke atas , anda perlu memburu         haruan mega ini dikawasan estet . Hal ini kerana kawasan estet agak sukar untuk dimasuki kerana       terdapat pagar dipintu masuk. Justeru itu , haruan agak mudah untuk membiak dan membesar             lantaran kurang pemburu haruan menjejaki mereka .

7. Jika anda terlihat anak haruan bermain dipermukaan air , Rajinkan diri anda untuk casting                   dikawasan tersebut . Ingat , anak haruan bersaiz kecil berwarna merah dan berkelompok . Hal ini         kerana , anak haruan bermain dipermukaan manakala induknya berada dibawah untuk menjaga           mereka . Caranya adalah : Baling umpan anda melintasi anak haruan , tarik dengan kemas dan             berhenti apabila umpan anda berada dibawah anak ikan . Biarkan umpan dalam 30 saat . jika tiada       sambaran , ulang perkara yang sama . Induk memang agak sukar untuk dipujuk , jadi kesabaran           amatlah diperlukan . Admin memerlukan hampir 1 jam untuk memujuk si induk agar menyambar       umpan . Proses memujuk agak lama tetapi hasilnya agak memuaskan hati .

8. Jika anda menggunakan teknik casting , goyangkan hujung joran ketika sedang menarik umpan .         Hal ini akan menyebabkan katak bergerak seperti hidup . Ianya akan menarik perhatian si                   penyambar ini .

                                         Semoga tips diatas berguna kepada semua 

Oleh : Ameerull Ashraff bin Ajman

Isnin, 21 September 2015

 

          Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).
     Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia.Ikan TomanBujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.
     Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungaitasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai - Dipetik dari Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ikan Haruan
Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Chordata
Kelas:Actinopterygii
Order:Channiformes
Famili:Channidae
Genus:Channa
Spesies:C. striatus
Nama binomial
Channa striatus
Sinonim
Ophicephalus striatus

      Namun begitu , haruan juga banyak digunakan sebagai penawar luka dikalangan rakyat malaysia . Contohnya luka akibat pembedahan mahupun kemalangan . Caranya melalui masakan seperti sup yang dicampur herba dan pelbagai masakan lain termasuk digoreng sebagai lauk tambahan . Disebabkan permintaan terhadap haruan ini terlalu tinggi , para pemancing haruan tegar tidak hanya menjadikan memancing haruan ini sebagai hobi , malah turut menjadikannya sebagai perniagaan .
Pada beberapa tahun lalu , harga sekilo haruan hanya RM10 - RM18 , namun kini boleh mencecah sehingga RM30 bagi sesetengah kawasan ekoran permintaan yang tinggi dan kepayahan untuk mendapatkan haiwan eksotik ini .