Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia.Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.
Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai - Dipetik dari Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ikan Haruan | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Channiformes |
Famili: | Channidae |
Genus: | Channa |
Spesies: | C. striatus |
Nama binomial | |
Channa striatus | |
Sinonim | |
Ophicephalus striatus
|
Namun begitu , haruan juga banyak digunakan sebagai penawar luka dikalangan rakyat malaysia . Contohnya luka akibat pembedahan mahupun kemalangan . Caranya melalui masakan seperti sup yang dicampur herba dan pelbagai masakan lain termasuk digoreng sebagai lauk tambahan . Disebabkan permintaan terhadap haruan ini terlalu tinggi , para pemancing haruan tegar tidak hanya menjadikan memancing haruan ini sebagai hobi , malah turut menjadikannya sebagai perniagaan .
Pada beberapa tahun lalu , harga sekilo haruan hanya RM10 - RM18 , namun kini boleh mencecah sehingga RM30 bagi sesetengah kawasan ekoran permintaan yang tinggi dan kepayahan untuk mendapatkan haiwan eksotik ini .
Good sharing, Among Asians, consuming this fish is believed to provide one with good health. Through the study, science team learnt that the fish is rich in amino and fatty acids and provides medicinal healing for wounds and inflammation. Further research by the team led to the making of Chantiva, a natural remedy that aids in the healing of wounds, as well as the alleviation of muscular and joint pain, see detail at:
BalasPadamhttp://kidbuxblog.com/fish-for-health-by-chantiva/