Haruan adalah sejenis ikan yang agak mudah untuk didapati lantaran kemampuannya untuk hidup dalam pelbagai jenis air .. Jangan disangka air yang tenang tiada haruan kerana haruan ini sejenis ikan yang agak sukar untuk dilihat tidak seperti puyu ataupun sepat .. antara tempat-tempat yang semestinya ada haruan adalah parit , longkang , paya , tasik mahupun kawasan kunci air . Kebiasaannya , longkang dan parit agak sukar untuk mendapatkan haruan bersaiz mega ekoran kawasannya yang mudah untuk ditarah kaki pancing haruan .
Tips memancing haruan :
1. Gunakan umpan yang bersesuaian dan diminati oleh haruan
contoh : Katak , umpan tiruan ,
2. Kenalpasti kawasan yang berkemungkinan ada haruan
contoh : Paya , longkang estet
3. lebihkan balingan di kawasan terpencil , agak sukar untuk dicapai dan kawasan berumpai
contoh : - Dahan pokok yang berada betul2 di atas air
- Paya rumpai
- Jika di paya , cuba untuk baling katak dikawasan yang sukar dicapai .
4. Bagi penggemar casting , cangkuk umpan dengan kemas agar kail tidak tersangkut pada rumpai mahupun dasar air .
5. Sekiranya anda hanya pemancing yang gemar haruan bersaiz kecil dan sederhana , rajinkan diri anda untuk mencuba nasib dikawasan longkang biasa .
6. Namun jika anda ingin memancing haruan bersaiz mega iaitu 2kg ke atas , anda perlu memburu haruan mega ini dikawasan estet . Hal ini kerana kawasan estet agak sukar untuk dimasuki kerana terdapat pagar dipintu masuk. Justeru itu , haruan agak mudah untuk membiak dan membesar lantaran kurang pemburu haruan menjejaki mereka .
7. Jika anda terlihat anak haruan bermain dipermukaan air , Rajinkan diri anda untuk casting dikawasan tersebut . Ingat , anak haruan bersaiz kecil berwarna merah dan berkelompok . Hal ini kerana , anak haruan bermain dipermukaan manakala induknya berada dibawah untuk menjaga mereka . Caranya adalah : Baling umpan anda melintasi anak haruan , tarik dengan kemas dan berhenti apabila umpan anda berada dibawah anak ikan . Biarkan umpan dalam 30 saat . jika tiada sambaran , ulang perkara yang sama . Induk memang agak sukar untuk dipujuk , jadi kesabaran amatlah diperlukan . Admin memerlukan hampir 1 jam untuk memujuk si induk agar menyambar umpan . Proses memujuk agak lama tetapi hasilnya agak memuaskan hati .
8. Jika anda menggunakan teknik casting , goyangkan hujung joran ketika sedang menarik umpan . Hal ini akan menyebabkan katak bergerak seperti hidup . Ianya akan menarik perhatian si penyambar ini .
Semoga tips diatas berguna kepada semua
Oleh : Ameerull Ashraff bin Ajman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan