Halaman

Isnin, 5 Oktober 2015

Assalamualaikum kepada peminat-peminat haruan ..

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips mengenai alat dan persiapan sesuai untuk memancing haruan . Ye lah kan bagi pemancing , pastinya kita tidak mahu ada kekecewaan ketika memancing haruan .

Tips mengenai set joran
Memancing haruan tidak memerlukan set yang terlalu berat dan mahal . saya mengesyorkan agar pemancing menggunakan set dibawah RM200 sahaja kecuali jika pemancing memang berhasrat memancing haruan bersaiz Supermega .
Bagi set joran , baguslah jika menggunakan set ringan dan sesuai kelenturannya . hal ini kerana , kesesuaian joran membantu dalam proses membaling dan menarik . Selain itu , memancing haruan memerlukan proses baling tarik , jika set joran agak berat , setengah jam sahaja pemancing akan surrender mencari haruan .
Contohnya , penulis menggunakan Joran jenama Abu Garcia SEA CASTER ROD , 6"6' , Medium Heavy Action , Line 10-20 lb . Alhamdulillah , sehingga kini joran ini masih kental melawan tarikan sang haruan .

Tips mengenai set mesin pancing
Sekiranya haruan yang dicari hanya sekitar 2 paun ke bawah iaitu hampir 1kg , pemancing boleh menggunakan mesin pancing bersaiz kecil sahaja . jika bersaiz mega , saiz mesin yang sebaliknya perlu digunakan . Tetapi , ketika memilih mesin pancing , haruslah memeriksa beberapa perkara .

1. Panjang tali yang boleh diisi kedalam spoon
2. jenis spoon :  pilih yang bhagian atas spoon menyerong , bukan mendatar . hal ini boleh membantu melancarkan proses membaling umpan secara tidak langsung umpan akan dapat mencapai jarak yang maksimum mungkin .
3. Harga dan jenama yang bersesuaian . Jangan terlalu murah , khuatir sekiranya mesin tidak tahan lama.Selalunya masalah pada bearing kerana tidak dapat menampung beban tarikan haruan.

Penulis menggunakan mesin pancing jenis SHIMANO AX 1000 fb , 2 bearing . Ketahanan maksima 6 paun .


Tips mengenai pemilihan tali
Sebagai pemancing haruan tegar , kita semestinya mahu umpan yang dibaling mencapai jarak semaksima mungkin . kalau boleh sampai habis tali .. haha .. oleh itu tali yang digunakan haruslah tepat . Penulis menasihatkan agar menggunakan tali jenis benang . hal ini kerana , tali benang lebih halus dan lancar dalam proses pancingan . Tali tangsi biasanya agak kasar . secara tidak langsung akan mengganggu dalam proses membaling umpan .
Ketika membeli tali , perhatikan diameter/ketebalan tali . kerana tali yang halus lebih lancar dalam proses balingan .
Penulis munggunakan tali jenis AJIKING , 50 paun , diameter 0.27 .

Tips mengenai penggunaan kekili
Kita sebagai manusia semestinya tidak mengetahuai apa yang dilihat oleh sang haruan didalam air kerana mata haruan tidak sama seperti manusia .
tetapi secara logiknya namun tidak tahu kebenarannya , eloklah memggunakan kekili bewarna hitam agar kekili tidak dapat dilihat oleh sang haruan .

Alhamdulillah ,
sehingga kini , gabungan joran ABU GARCIA , mesin SHIMANO dan tali AJIKING tidak menghampakan penulis . Walaupun berbeza jenama , kombinasi ini tidak pernah mengecewakan .

Apa yang terkandung diatas hanyalah berdasarkan pengalaman penulis sahaja .
sebarang komen atau cadangan bolehlah dikongsikan bersama .

KITA PEMANCING HARUAN TIADA BEZA
ILMU KITA ILMU SEMUA

2 ulasan: